Archive for January, 2008

Monolog Dalaman

Monday, January 14th, 2008

Semakin aku concern terhadap seseorang, semakin aku dipijak2… mungkinkah aku memberikan keconcernan aku pada org yg salah??? Aku percaya dgn kata2 ‘buat baik dibalas baik’ tapi tak salah kan kalau aku pun percaya dgn kata2 ‘semakin kita baik pada org, semakin ramai yg mengambil kesempatan ke atas kita’??? sebab tu yg berlaku pada aku skrg… mungkin silap aku memberikan layanan yg baik pada org yang tak reti nak menghargai apa yg aku buat… biarlah Allah yg mengadili segala2nya… aku harap org akan sedar pengorbanan aku selama ni…

tentang dia

Wednesday, January 2nd, 2008

aku tau filem ‘tentang dia’ dah berkurun ditayangkan… tapi aku suka bebenor la tengok filem ni berulang2 kali… best!!! bila tengok filem ni aku teringatkan seseorang… weeeee…… bawah ni rangkap puisi dari filem tu… hayatinya…

Ada yang hilang

Ketika kau hilang

Hatiku

Jiwaku

Ada yang pergi

Ketika kau pergi

Senyumku

Tawaku

Hidupku ikut hilang bersamamu

Cintaku ikut pergi bersamamu

Sementara aku masih di sini

Mencuba tegak berdiri

Tanpamu

alhamdulillah…

Wednesday, January 2nd, 2008

alhamdulillah… malam ni makan kat bukit serdang… first time aku makan kat tempat ni… ayien yg ajak aku sebenarnya… selain kami, ada amy, sangitaa, nor, ain dan ila… mulanya budak chinese nak join sekali tapi di saat2 akhir tak jadi pulak sebab hujan katanya… disebabkan hujan, ayien cakap makan kat padang je… tapi, aku mogok… aku nak gak makan kat tempat baru tuh!!! haha… akhirnya, kami pergi juga ke sana tanpa kehadiran budak cina… huhu…

mulanya aku ingat tempat tu eksklusif dengan lampu lip lapnya dan papan tanda besar gedabak… rupa-rupanya tempat makan tu terletak kat koridor sebuah kedai makan cina… bukan bermaksud kami makan kat kedai cina… sebenarnya kedai makan cina tu tutup pada malam hari dan peniaga berbangsa mamak berniaga pula di koridor tersebut pada malam hari… terkejut gak aku…

tempat ni memang tak eksklusif tapi kalau tengok dia punya menu… peh!!! macam2 ada bak kata pak abas astro tu!!! roti canai dia je bermacam-macam jenis… meh aku senaraikan… antaranya ialah roti michael jackson, roti salad, roti diana, roti u love u, roti milo, roti 2004… roti 2004 ni adalah trademark kedai makan ni untuk orang yg dah lama mengetahui tempat ni cam ayien, sangitaa n amy… banyak jenis roti lagi tapi aku tak ingat la… memang pelbagai… agak unik dan kreatif…

ayien order roti michael jackson dan tau ape yg dia dapat? roti canai yg agak besar berinti sayur, ayam dan pelbagai ramuan rempah dan kat atas roti canai tu ada telur mata kerbau berbentuk love… huhu… very kreatif la mereka ni!!!

the best moment bila tuan punya kedai ni bagi free 1 roti u love u… haha… memang mantap abis… maybe dia tengok kitorang teruja dgn makanan dia…

alhamdulillah rezeki datang mencurah-curah… tahniah kepada mereka yang menguruskan kedai ni… next time i’ll be back la…

salam… =.]

p/s: aku tak ingat jalan nak ke sana sebenarnya… haha… tapi, next time aku minta ayien bawak kami ke sana lagi la…