alhamdulillah…
alhamdulillah… malam ni makan kat bukit serdang… first time aku makan kat tempat ni… ayien yg ajak aku sebenarnya… selain kami, ada amy, sangitaa, nor, ain dan ila… mulanya budak chinese nak join sekali tapi di saat2 akhir tak jadi pulak sebab hujan katanya… disebabkan hujan, ayien cakap makan kat padang je… tapi, aku mogok… aku nak gak makan kat tempat baru tuh!!! haha… akhirnya, kami pergi juga ke sana tanpa kehadiran budak cina… huhu…
mulanya aku ingat tempat tu eksklusif dengan lampu lip lapnya dan papan tanda besar gedabak… rupa-rupanya tempat makan tu terletak kat koridor sebuah kedai makan cina… bukan bermaksud kami makan kat kedai cina… sebenarnya kedai makan cina tu tutup pada malam hari dan peniaga berbangsa mamak berniaga pula di koridor tersebut pada malam hari… terkejut gak aku…
tempat ni memang tak eksklusif tapi kalau tengok dia punya menu… peh!!! macam2 ada bak kata pak abas astro tu!!! roti canai dia je bermacam-macam jenis… meh aku senaraikan… antaranya ialah roti michael jackson, roti salad, roti diana, roti u love u, roti milo, roti 2004… roti 2004 ni adalah trademark kedai makan ni untuk orang yg dah lama mengetahui tempat ni cam ayien, sangitaa n amy… banyak jenis roti lagi tapi aku tak ingat la… memang pelbagai… agak unik dan kreatif…
ayien order roti michael jackson dan tau ape yg dia dapat? roti canai yg agak besar berinti sayur, ayam dan pelbagai ramuan rempah dan kat atas roti canai tu ada telur mata kerbau berbentuk love… huhu… very kreatif la mereka ni!!!
the best moment bila tuan punya kedai ni bagi free 1 roti u love u… haha… memang mantap abis… maybe dia tengok kitorang teruja dgn makanan dia…
alhamdulillah rezeki datang mencurah-curah… tahniah kepada mereka yang menguruskan kedai ni… next time i’ll be back la…
salam… =.]
p/s: aku tak ingat jalan nak ke sana sebenarnya… haha… tapi, next time aku minta ayien bawak kami ke sana lagi la…
January 5th, 2008 at 6:14 am
hoi, sangitaa didnt said u r going, if nt i ll attend…huhu
anyway, nx time ya. XD
July 15th, 2008 at 8:56 pm
chun khan… lama tak dengar citer u… bila nak ajak i dating kat 2004?